TITLE: True love story will begin soon
Sunday, 8 March 2015 | 00:36 | 0 comments
Assalamualaikum
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat yang dikurniakan olehNya. Disaat diri terasa lemah saat di uji olehNya, jangan lupa utk pandang pada insan lain yang di uji lagi hebat. Dalam kehidupan, tanda manusia sayang kita, dia beri perhatian pada kita, tapi tanda Allah sayang hambaNya, Dia uji dengan ujian sbb Dia rindu untuk mendengar rintihan hambaNya. Moga hidup sentiasa dalam peliharaaNya. InsyaAllah
Setelah sekian lama x update blog, hari ni terdetik hati dan jari-jemari untuk update life sekarang. Hari nih dah 7 bulan bergelar tunang pada cik faisal. InsyaAllah, andai jodoh milik kami, lagi 4 bulan kami akan disatukan.
Nak tunggu hari bahagia macam-macam perasaan ada. Happy, risau, sedih, semua ada. Bila dah bergelar isteri tanggungjawab makin besar. Kena pandai bahagikan masa utk family, suami dan pelajaran. Harap semuanya dipermudahkan dari hari ke hari.
Tetibe teringat kata-kata mama
"betul ke nak kahwin dgn dia? kahwin nih bukan nak hidup sehari dua tp selamanya"
Setelah dua tahun lebih mengenali dia, insyaAllah pilihan hati x salah. Untuk mendapat yg sempurna adalah sgt mustahil, tpi untuk mendapat insan yg boleh melengkap kekurangan diri sendiri, menerima diri ini seadanya, insyaAllah ada. Dan org itu insyaAllah awk Faisal.
Dipinjamkan seorang hamba Allah yg penyabar, penyayang, setia, x pnas baran adalah ckup menenangkan hati. Seorg yg blh dijadikan kawan, sahabat, teman suka duka dan susah senang. InsyaAllah dia mampu berikan jagaan, kebahagiaan sama seperti abah dan mama berikan.
Terbang tinggi ku terbang menggapai angkasa
Bila berpaut di sayapmu
Ku mensyukuri nikmat hidup
My love for you is a journey and never ending.
Kebahagiaan yang sebenar ialah apabila kamu disatukan dengan satu ikatan yg halal. Dan dari situ sebenarnya, perjalanan hidup baru bermula.
"Pernikahan akan menyikap tabir rahsia bahawa isteri yg kau nikahi tidak seindah yang diimpikan. Isterimu adalah isteri akhir zaman yg akan melahirkan anak yg soleh dan solehah dr rahimnya. Pernikahan akan menginsafkan kita akan perlunya iman dan taqwa untuk belajar meniti sabar dan taqwa, karena memiliki suami yg tak sehebat yg diinginkan, karena suamimu hanyalah suami akhir zaman yg akan memeliharamu dari azab Allah SWT"
Ketika saya memutuskan untuk menikahi seseorang, saya harus yakin bahawa dialah org yg paling saya inginkan untuk menghabiskan hidup bersama-sama. Membesarkan anak bersama, bersama di saat susah senang, membaca buku bersama, berkongsi mimpi, cita-cita dan impian. Dia haruslah org yg paling saya ingin untuk berada di sisi, ketika dunia tidak lagi menyapa.
Choose for your love, then love your choice